Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada kita. Setiap orang harus meluangkan masa melakukan aktiviti senaman.
Dengan bersenam, kita dapat menyihat badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu, badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu menjadi sakit. Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif. Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Selain itu, kita akan mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita bersenam bersama-sama. Kita juga boleh mengisikan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Olehitu, kita tidak dapat menjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan maafaat seperti melebak, merayau-rayau tanpa tujuan dan banyak lagi.
Di samping itu, bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak cepat berasa letih dan selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan kita cergas.
Akhit sekali, dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit seperti sakit jantung, obesiti dan banyak lagi. Jika kita tidak bersenam, kolestrol kita semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak.
Kesimpulannya, aktiviti senaman banyak maanfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata melentur biarlah dari rebungnya.
Aktiviti yang berfaedah adalah seperti berikut:
Berbasikal
Bermain badminton
Bermain gasing
Bermain ping pong
Mendaki
Berjoging
Mari kita bernyanyi lagu "Kalau Rasa Gembira".
No comments:
Post a Comment